Sekolah Rendah Al-Itqan komited untuk menyediakan premis yang Selamat, Sejahtera, Bersih, Lestari dan Rahmah buat semua warganya, khususnya anak-anak murid.
Alhamdulillah, telah selesai pagi tadi lawatan pemantauan Projek Selenggara dan Naik Taraf 2025 yang dibiayai oleh JHEAIPP. Kerja-kerja selenggara dan naik taraf ini telah berlangsung selama lebih kurang 6 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2025.
Wakil JHEAIPP yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Encik Ahmad Mazlan bin Ghazali dan Encik Abdul Ghafor bin Mansor.
Kami bersyukur dan gembira kerana lawatan pemantauan ini berjalan dengan lancar dan hasil dapatan pemantauan juga dilaporkan sangat baik.
Semoga Sekolah Rendah Al-Itqan terus berkembang maju dengan sokongan JHEAIPP selari dengan agenda pendidikan negeri.
𝗝𝗼𝗺 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗔𝗟-𝗜𝗧𝗤𝗔𝗡
Taska & Tadika Pintar Al-Itqan
Sekolah Rendah Al-Itqan
Sekolah Menengah Al-Itqan
011 5580 5310
𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗥𝗮𝗯𝗯𝗮𝗻𝗶
Kenali AL-ITQAN dengan hanya satu klik di https://linktr.ee/pusatpendidikanalitqan
Recent Comments