fbpx

5 orang pelajar lepasan SPM 2025 Sekolah Menengah Al-Itqan mengikuti Program Latihan Kader Du’at 17 selama 3 minggu, dari 17 Januari hingga 7 Februari 2026.

Program ini dianjurkan oleh Musleh Integrated Berhad (MIEB) dan seramai 109 orang pelajar dari sekolah Rangkaian MIEB menyertai LKD edisi tahun ini.

Para pelajar berkampung di Hulu Langat, Selangor selama seminggu, kemudian akan bermusafir selama seminggu ke Medan, Indonesia. Mereka akan kembali ke Hulu Langat, Selangor untuk menjalani minggu terakhir mereka di sana.

Program ini bertujuan untuk melatih peserta menjadi pendakwah yang bukan sahaja berani menegakkan kebenaran malah, berhikmah dalam menyampaikannya.

Wakil pelajar Sekolah Menengah Al-Itqan ialah:

1. Aiman Sofwan Bin Aidiahmad
2. Muhammad Syahmi Salihin Bin Sharifuddin
3. Muhammad Uwais Alqarni Bin Ismail
4. Alya Fasehah Binti Shalihuddin
5. Siti Nur Najihah Binti Ya’akob

Muallim Muhammad Faiz Bin Abdul Kuthoose selaku guru pengiring untuk perjalanan pelajar ke tempat program.

Didoakan mereka dilindungi Allah, diberikan kemudahan menimba ilmu dan hati yang tenang sepanjang mereka di sana.