Pusat Pendidikan Al-Itqan

Membina Generasi Rabbani

TASKA AMAL INTELEK  .  TADIKA ISLAM AMAL INTELEK  . 

SEKOLAH RENDAH AL-ITQAN  .  SEKOLAH MENENGAH AL-ITQAN

Pengerusi JPS

” Al-Itqan percaya bahawa untuk membina generasi yang dikehendaki oleh pasaran peringkat lokal dan global adalah penyediaan individu yang mempunyai nilai kualti yang unggul tanpa mengenepikan pendidikan agama dengan mengintegrasikan dengan pendidikan akademik “

Prof Madya Dr Abdul Halim

Pengerusi, ppaiq sdn.bhd

Info Terkini

Pendaftaran Al-Itqan

Pendaftaran untuk sesi 2021 masih dibuka. daftar di www.alitqan.edu.my/pendaftaran

 

Berita & Program
Program dan Insfrastruktur
Peluang Kerjaya
Projek Dana
Direktori Staf

Siapakah Al-Itqan

Pusat Pendidikan Al-Itqan merupakan sebuah syarikat perbadanan (PPAIQ SDN.BHD, no pendaftaran : 1314285-A) yang mengurus dan mengelola 4 buah institusi pendidikan swasta di Pulau Pinang. Al-Itqan merupakan salah satu rangkaian terbesar pendidikan dibawah naungah IKRAM-MUSLEH. 

Institusi pendidikan awal yang ditubuhkan pada tahun 1998 adalah Sekolah Rendah Al-Itqan yang pada permulaan perjalanan pengoperasiannya hanya mempunyai 70 pelajar dan tenaga pengajar seramai 6 orang.

Kini selepas 22 tahun pengoperasiannya, Al-Itqan telah mempunyai bilangan pelajar seramai 400 orang dan 52 guru serta 15 orang bilangan staf sokongan. Pada awal tahun 2021 dijangka proses pembinaan 4 blok bangunan akademik yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bermula.

 

APA YANG Al-Itqan TAWARKAN

Pusat Pendidikan Al-Itqan menawarkan kepada orang ramai sistem pendidikan yang akan bermula sejak umur 1 tahun sehingga 17 tahun. iaitu Taska dan Tadika Islam Amal Intelek (JAIPP/PEND/01.R.001), Sekolah Rendah Al-Itqan (JAIPP/PEND/01.R.001) dan Sekolah Menengah Al-Itqan (JAIPP/PEND/01.M.001). 

Matlamat utama Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah mengasuh dan mendidik para pelajar menjadi individu yang holistik serta memartabatkan budaya ilmu ke arah masyarakat madani.

Pusat Pendidikan Al-Itqan percaya bahawa pembelajaran dalam kelas adalah bukan segala-galanya akan tetapi di Pusat Pendidikan Al-Itqan, sistem pendidikan yang diamalkan menerapkan kemahiran interpersonal yang tinggi, kemahiran kemanusiaan dan pembangunan serta kesedaran tentang alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik.

 

Institusi Al-Itqan

Sejarah Al-Itqan

Institusi pertama Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Islam (SRI) AL-Islah dengan seramai 70 pelajar dan 6 orang guru di sebuah rumah banglo beralamat Lot 347-348 Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Class Schedule | Curricular Activities

Selepas 10 tahun, Al-Itqan telah menubuhkan Sekolah Menengah Al-Itqan di tapak kekal milik Pusat Pendidikan Al-Itqan. Pada tahun yang sama, Sekolah Rendah Al-Islah telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan swasta di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta namanya telah ditukar kepada Sekolah Rendah Al-Itqan

Class Schedule | Curricular Activities

Bagi meneruskan pendidikan yang holisitk, Al-Itqan telah menubuhkan dua buah insitusia iaitu insitusi pra-sekolah ( 4 – 6 tahun ) dan institusi yang berasaskan kepada sistem pendidikan pondok dan tahfiz. Pendaftaran Tadika Permata Al-Itqan dibawah kelolaan Tadika Islam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan ditukar nama ke Tadika Islam Amal Intelek. 

Class Schedule | Curricular Activities

Untuk melancarkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap. Al-Itqan telah menubuhkan Pusat Pentadbiran Al-Itqan yang memusatkan bahagian kewangan, bahagian sumber manusia, bahagian media dan teknikal serta bahagian pengoperasian. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membiayai Pusat Pendidikan Al-Itqan untuk membina 4 blok bangunan pendidikan yang akan dimanfaatkan oleh 1000 orang pelajar.

Class Schedule | Curricular Activities

Al-Itqan telah menubuhkan institusi pendidikan awal kanak-kanak seawal usia 1 tahun iaitu Taska Amal Intelek. Ianya akan menyediakan transisi awal pendidikan yang disediakan oleh Al-Itqan sebelum keperingkat seterusnya. Disamping itu, tapak milik Pusat Pendidikan Al-Itqan telah dikosongkan untuk proses pembinaan bangunan baharu Al-Itqan dan Sekolah Menengah Al-Itqan telah berpindah ke bangunan sementara di Sungai Ara yang jaraknya 15km daripada tempat asal.

Class Schedule | Curricular Activities

Pada ketika ini Pusat Pendidikan Al-Itqan mempunyai 4 buah insititusi dibawah pengurusan dan kelolaannya serta mempunyai bilangan pelajar seramai 400 orang dan 69 guru dan staf. Proses pembinaan bangunan Al-Itqan dijangka akan bermula pada tahun 2021 dan siap pada tahun 2023

Pusat Pentadbiran

459 Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Masa Persekolahan

Isnin – Jumaat : 8 am – 5 pm
Hujung Minggu : Tutup

Telefon & Emel

04-649 1158
pentadbiran@alitqan.edu.my

Kalendar

ISNIN, Disember 2020

Cuti Sekolah Bermula

Isnin, January 4

Induksi Guru

Rabu, January 6

Mula Bersekolah diatas talian

Rabu, January 20

Sesi Persekolah Fizikal Bermula

Berita dan Info

v

Testimoni

Apa pendapat Ibubapa tentang Al-Itqan

Persekitaran yang terjaga amat penting dalam membentuk peribadi akhlak seseorang individu. Kanak-kanak lebih mudah belajar dan meniru semua perkara, oleh itu amat penting biah yang soleh. Lagi-lagi masa yang diluangkan disekolah adalah lama. Laburkan sedikit wang untuk hantar ke sini demi masa depan anak-anak soleh dan solehah.

Shizune Ws

Berjaya membentuk sahsiah dan akhlak anak2 .keakraban warga pendidik dengan pelajar banyak menjadikan pelajar2 di sini mempunya disiplin yg amat baik.syukur…hasil didikkan di sini…kini anak sulung saya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Puan Azlifah Mohamadnoor

Alhamdulillah.. Pusat Pendidikan Al-Itqan xpernah menghampakan. pilihan terbaik buat semua IbuBapa. Pendidikan yang lengkap untuk anak2. Semoga Al-Itqan terus cemerlang dan dikenali ramai.

Puan Mahani Abdul Wahab

Pelajar

Guru dan Staf

Institusi

Tahun Penubuhan

Bersama kami

Lokasi : 459, Jalan Kampung, Masjid Teluk Kumbar, 11920, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Telefon : 04-649-1158

Email: pentadbiran@alitqan.edu.my

Masa : Isnin-Jumaat : 8am – 5.00pm