14 Mei 2026 – Alhamdulillah… 5 set kerusi meja batu hasil sumbangan orang ramai melalui initiatif Infaq Kerusi Batu PIBG Sekolah Rendah Al-Itqan telah diletakkan di kawasan tepi dewan terbuka. Indah mata memandang…..
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Rendah Al-Itqan dan juga semua penyumbang. Semoga Allah memberikan sebaik-baik ganjaran kepada kalian semua.
InsyaAllah kerusi meja batu ini akan dimanfaatkan oleh murid² untuk budaya ilmu, halaqah usrah, perbincangan, ulang kaji pelajaran, serta menjadi ruang santai yang bermanfaat dalam membina ukhuwah dan biah solehah di sekolah.
Semoga setiap manfaat yang terhasil daripadanya menjadi saham pahala yang berterusan buat para penyumbang.
Recent Comments