Daftar Segera

Bilangan Murid

Bilangan Guru

PENGENALAN

Sejarah Penubuhan

Sekolah Menengah Al-Itqan telah ditubuhkan pada tahun 2008 di Kampung Masjid, Teluk Kumbar. Pada awal penubuhannya hanya tiga orang guru dan 15 pelajar sahaja. Pada tahun 2018, Sekolah Menengah Al-Itqan telah berpindah ke bangunan sementara di Sekolah Agama Sungai Ara berhadapan dengan Masjid Al-Huda bagi proses pembinaan 4 blok bangunan Pusat Pendidikan Al-Itqan. Sehingga tahun 2020, Pelajar meningkat kepada 116 pelajar dan 14 guru.

KBSM & KSSM

Matlamat KBSM adalah untuk memperkembang potensi setiap individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dikumpulkan dalam semua aktiviti kurikulum dari kokurikulum. Manakala, KSSM bermatlamatkan untuk memperkembangkan potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa abad ke-21.

Kurikulum dan Dasar

Berlandasakan kepada kurikulum dan dasar yang diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang bermatlamatkan kepada memperkembang potensi individu secara holistik dengan mengambil kira kebolehan, keupayaan, minat dan bakat murid. Kurikulum ini juga menyediakan murid untuk melanjutkan pendidikan dan/atau untuk menceburi bidang pendidikan.

Pelajaran Diniah

Sukatan pelajaran Diniah adalah berdasarkan daripada kurikulum yang ditetapkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) yang terdiri daripada subjek Al-Quran, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Tulisan Jawi dan juga Tajwid.  Kurikulum yang dibawa oleh Sekolah Rendah Al-Itqan menepati sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan pelajaran Diniah adalah berdasarkan daripada kurikulum yang ditetapkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) 

Kurikulum

Kurikulum yang disusun untuk Sekolah Menengah Al-Itqan menepati kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah  serta Dinniyah bagi memastikan pembangunan modal insan yang seimbang dari segi pembangunan ilmu dunia dan akhirat.

Paparan dibawah merupakan kurikulum yang ditawarkan untuk pelajar sekolah menengah Al-Itqan daripada Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 (peperiksaan PT3) dan Tingkatan 4 hingga 5 (Peperiksaan SPM)

Bahasa

  • Melayu
  • Inggeris
  • Arab

Sains

  • Sains Tulen
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Matematik

  • Matematik Tulen
  • Matematik Tambahan

 

Pengajian Islam

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Quran dan Sunnah

Ilmu Kemanusiaan

  • Geografi
  • Sejarah
  • Pendidikan Sivik
  • Ekonomi Asas

Teknikal & kreativiti

  • Prinisip Perakaunan
  • Kemahiran Hidup

 

PENILAIAN PEPERIKSAAN

Tingkatan 3 : Pentaksiran TIngkatan 3 (PT3)

Tingkatan 5 : Sijil Pelajaran malaysia (SPM)

KO-KURIKULUM

kelab sukan dan permainan

futsal 

Bola Jaring

Badminton 

Ping Pong

Memanah

Kelab dan Persatuan

Bahasa dan Debat

Choral Speaking

MyCare

Sejahtera

Tarannum

Nasyid

Unit Beruniform

Kadet Remaja Sekolah (KRS

Aktiviti Tarbiah

Harian

 

Solat jemaah

Solat Sunah Dhuha

Bacaan Al-Quran

Taranum

Mingguan

Puasa Sunat (Khamis)

Usrah

Mentor-Mentee

Perhimpunan

Tahunan

Mukhayyam

Rehlah Quranic

Iktikaf (Ramadhan)

Tadarus & Khatam

Bulanan

Qiyamullail

Iftar Jamaie

Liqa’ Murabbi

Gotong Royong

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH

Permohonan boleh dilakukan dalam talian atau berurusan terus dengan pihak sekolah. Sila teliti syarat dan prosedur kemasukan sebelum membuat permohonan. 

Z

Syarat Kemasukan

1. Berumur sekurang-kurangnya 13 tahun kemasukannya pada tahun pengajian berikutnya.

2. Boleh bertutur, membaca, menulisBahasa Melayu dengan baik.

3. Mengenal, membaca dan menulis jawi dengan baik.

4. Mengenal dan dapat membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.

5. Mempunyai minat dalam pengajian agama.

f

Prosedur Kemasukan Murid

Bagi pengambilan murid setiap tahun, pihak Sekolah Menengah Al-Itqan akan menjalankan penilaian kepada murid dan ibu bapa.

1. Murid
Penilaian 1 : Ujian Bertulis
Penilaian 2 : Temuduga

2. Ibu Bapa
Temuduga

Struktur Yuran

Al-Itqan merupakan satu-satunya sekolah di Pulau Pinang yang menyediakan sistem pendidikan sejak umur 1 tahun hingga 17 tahun. Sertai kami sekarang

Pendaftaran

Sertai Al-Itqan untuk sesi tahun 2021 sekarang. Kami menantikan kedatangan anak anda disini !