DERMA SEKARANG
Untuk Insfrastruktur yang lebih baik
Kempen kutipan dana ‘ SATU HARI SERATUS RINGGIT ‘ merupakan kempen bagi pembelian alatan insfrastruktur pendidikan abad ke-21. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Projek terkini
BANTU BAGI PEMBELIAN 15 unit papan pintar AL-ITQAN
Papan pintar membolehkan pelajar belajar dan meneroka konsep baru menggunakan teknologi untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik. Pelajar menjadi lebih teruja untuk belajar apabila papan pintar dimasukkan ke dalam pelajaran. Ramai pendidik mendorong penggunaan papan pintar dalam pengajaran dan pembelajaran.
INTERNET AL-ITQAN
Penggunaan internet adalah nadi utama dalam proses pembelajaran yang melibatkan kaedah abad ke-21. Pada masa kini, 90% kelas menerima capaian internet yang baik di AL-ITQAN. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk pembaikan dan kos bulanan.
LAPTOP
Guru akan memanfaatkan penggunaan laptop secara efektif dan membawa satu budaya baharu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Fasa pertama seramai 30 guru akan mendapat manfaat menjelang akhir tahun 2021.
PROJEKTOR
Antara alatan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 akan dipasang pada setiap kelas bagi institusi AL-ITQAN. Keseluruhan kelas Pra-Sekolah, Sri dan Smi adalah 20 buah.
PENGIMBAS DIGITAL
Mengurangkan beban mengemukakan borang dan memudahkan perkongsian dokumen. selain dapat mengekstrak teks daripada dokumen yang diimbas menjadikannya mudah dicari serta didokumenkan.
TABLET
Mengurangkan beban mengemukakan borang dan memudahkan perkongsian dokumen. selain dapat mengekstrak teks daripada dokumen yang diimbas menjadikannya mudah dicari serta didokumenkan.