Isnin, 10 Mei 2021, bertemakan ” Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat “, Pusat Pendidikan Al-Itqan tidak terlepas dalam menyambut Hari Pekerja bersama-sama dengan guru dan staf Al-Itqan pada jumaat 7 Mei di Dewan Pusat Sains Al-Itqan. Tambahan pula, ianya disambut bersama-sama dengan meraikan ambang lebaran Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain daripada itu, ini merupakan program bersemuka pertama yang diadakan selepas wabak Covid-19 melanda bersama-sama dengan kesemua tenaga pengajar, pengurusan atasan dan juga staf sokongan.
Ini merupakan manifestasi Al-Itqan untuk menghargai segala usaha penat lelah warga kerja Al-Itqan dalam memastikan hasrat unggul institusi pendidikan ini dicapai. Seramai 60 warga kerja Al-Itqan telah terlibat bagi menjayakan program ini.
Program dimulakan dengan bacaan doa daripada Muallim Osman dalam usaha mencari keberkatan oleh-Nya dan kata aspirasi serta hikmah telah diberikan oleh Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan Al-Itqan, Encik Mohamad Yusoff Bin Omar kepada semua warga kerja Al-Itqan. Antara intipati ucapan beliau adalah dengan mengingatkan tujuan asal bekerja di Al-Itqan serta peranan setiap warga kerja Al-Itqan dalam memastikan produk akhir Al-Itqan iaitu murid dapat dicapai. Tambahan pula, penekanan beliau terhadap usahasama para guru dan staf dalam memastikan perancangan strategik Al-Itqan dapat dicapai mengikut kepada kehendak dan aspirasi yang disasarkan.
Selepas ucapas daripada Pengarah Eksekutif, majlis diteruskan dengan mengumumkan pemenang bagi 2 pertandingan yang telah dianjurkan iaitu Pertandingan Khat Kreatif dan Al-Quran Challenge. Berikut merupakan senarai pemenang bagi Pertandingan Khat Kreatif
No 10. Puan Siti Nur Syafiqah
No 9. Muallimah Nurhanisah Binti Abdul Razak
No 8. Muallimah Norraffiza Binti Salehuddin
No 7. Muallimah Siti Faizah Binti Shaari
No 6. Sir Jalil Bin Hussain
No 5. Muallim Muhammad Faris Bin Abdul Aziz
No 4. Muallimah Nursyazwani Binti Abdul Jamil
No 3. Fatin Nur Awatif Binti Mohamad Yusoff
No 2. Muallim Mohamad Ariff Bin Dzolkefli
No 1. Muallimah Norliza Binti Nawawi
Bagi guru yang berjaya menyertai Program Al-Quran Challenge dan berjaya menghabis 30 juzuk pada bulan Ramadan adalah
1. Muallim Mohd Ikbal Bin Ismail
2. Muallimah Norraffiza Binti Salehuddin
3. Encik Hussain Bin Omar
4. Muallimah Fatin Afiffah Binti Mohammad Asri
5. Teacher Fatimah Bee Binti Rashid
6. Puan Natrah Binti Nazari
7. Muallimah Nurrabiatul Mardiah Binti Rusdi
Manakala, peserta yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kali adalah Muallimah Siti Faizah Binti Shaari.
Sebelum majlis tamat, pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al-Itqan telah memberi saguhati kuih raya serta duit raya kepada kesemua warga kerja Al-Itqan bagi meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.
Majlis selesai pada jam 3.15 petang
Recent Comments