*Borang ini hanya boleh diisi oleh warga staf dan guru Pusat Pendidikan Al-Itqan

Assalamualaikum wbt.
Pada tahun 2021, Pusat Pendidikan Al-Itqan dibawah seliaan Bahagian Dana akan menganjurkan Program Qurban dan Aqiqah yang akan dilangsungkan di Kemboja dan Sudan.

Untuk makluman mualim dan muallimah, harga bagi satu bahagian lembu pada tahun ini adalah RM400 dan RM2800 seekor lembu untuk Kemboja dan Sudan.

Ibadah qurban dan aqiqah ini akan dilakukan atau disaksikan sendiri di sana oleh wakil AL-ITQAN untuk memastikan ibadah ini dijalankan dengan sempurna dan jujur. Setiap pembayaran peserta qurban ini termasuk kos pembelian lembu dan pengurusan qurban dan aqiqah.

Potongan gaji akan bermula pada Januari 2021 hingga Jun 2021 sebanyak RM66 bagi satu bahagian.

Sila hubungi 04-6491158 (Cik Sarah) untuk maklumat lanjut tentang potongan gaji.

Sekian, jazakumullah khair.

Isi borang dibawah untuk menyertai : https://forms.gle/Pueba6JiGfRZPAqG9