Pejabat : +604 649 1158. Email: [email protected]. Waktu Operasi: 8.00AM - 5.00PM

Pengenalan

Sekolah Rendah Al-Itqan Pulau Pinang merupakan salah satu sekolah yang terdapat di dalam rangkaian Sekolah IKRAM-Musleh. Sekolah ini menyediakan kurikulum Akademik yang selaras dengan KSSR dan Dinniyah yang selaras dengan SPPIM.

Intro Sekolah Rendah Al-Itqan

Kurikulum yang dibawa oleh Sekolah Rendah Al-Itqan menepati sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Sukatan pelajaran Diniah adalah berdasarkan daripada kurikulum yang ditetapkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) yang terdiri daripada subjek Al-Quran, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Tulisan Jawi dan juga Tajwid.

Bermatlamatkan untuk memperkembangkan potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa abad ke-21.

Sekolah Rendah Al-Itqan di bawah Institusi Pusat Pendidikan Al-Itqan mengikut kurikulum berteraskan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR adalah suatu program pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi struktur kandungan, pendekatan serta bahan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat KBSR adalah untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dikumpulkan dalam semua aktiviti kurikulum dari kokurikulum.

KSSR bermatlamatkan untuk memperkembangkan potensi individu murid secara holistic bagi melahirkan modal insane yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa abad ke-21.
Sukatan pelajaran Diniah adalah berdasarkan daripada kurikulum yang ditetapkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) yang terdiri daripada subjek Al-Quran, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Tulisan Jawi dan juga Tajwid.