Pejabat : +604 649 1158. Email: [email protected]. Waktu Operasi: 8.00AM - 5.00PM

PENGENALAN SEKOLAH MENENGAH AL-ITQAN

 

Sekolah Menengah Al-Itqan mengikut kurikulum dan dasar yang diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang bermatlamatkan kepada memperkembang potensi individu secara holistic dengan mengambil kira kebolehan, keupayaan, minat dan bakat murid. Kurikulum ini juga menyediakan murid untuk melanjutkan pendidikan dan/atau untuk menceburi bidang pendidikan.

Matlamat KBSM adalah untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dikumpulkan dalam semua aktiviti kurikulum dari kokurikulum.

Manakala, KSSM bermatlamatkan untuk memperkembangkan potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa abad ke-21.

Sukatan pelajaran Diniah adalah berdasarkan daripada kurikulum yang ditetapkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) yang terdiri daripada subjek Al-Quran, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Tulisan Jawi dan juga Tajwid.

Kurikulum yang dibawa oleh Sekolah Rendah Al-Itqan menepati sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Sukatan pelajaran Diniah adalah berdasarkan daripada kurikulum yang ditetapkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) yang terdiri daripada subjek Al-Quran, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Tulisan Jawi dan juga Tajwid.