fbpx

13 Mei 2026 – Satu lawatan penanda aras ke MBPP MakerSpace, Balik Pulau yang diketuai oleh Encik Abdul Latif bin Mohamad selaku Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah Pusat Pendidikan Al-Itqan.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah:

  1. Muallim Muhammad Ikbal Bin Ismail, Pengarah Eksekutif Pusat Pendidikan Al-Itqan
  2. Puan Maizatul Sarah Binti Mansor, Pegawai Eksekutif Kewangan
  3. Muallim Md Azlan Bin Mat Sabu, Pengetua Sekolah Menengah Al-Itqan
  4. Muallimah Amal Solehah Binti Aidiahmad, Penolong Kanan Tarbiah Sekolah Menengah Al-Itqan merangkap guru Sains
  5. Muallim Mohamed Amir Bin Sarjahan dan Muallimah Norliza Binti Nawawi, guru Sains Sekolah Menengah Al-Itqan

Alhamdulillah, lawatan berjalan dengan baik dan lancar. Delegasi Al-Itqan telah disambut mesra oleh Puan Sri Mageswari a/p Patel bersama beberapa orang pegawai yang bertugas di MBPP MakerSpace.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak Al-Itqan telah diberikan pelbagai pendedahan berkaitan dunia STEM dan inovasi pendidikan antaranya:

  • Pengenalan kepada kelas-kelas STEM yang dijalankan
  • Susun atur dan konsep ruang pembelajaran kreatif (landscape ruang)
  • Peluang penglibatan murid dalam aktiviti dan pembelajaran di MakerSpace
  • Peluang bimbingan dan latihan kepada para guru dalam memperkasakan pendidikan STEM di sekolah

Lawatan ini juga merupakan salah satu usaha Pusat Pendidikan Al-Itqan dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan murid serta melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia masa kini dan masa hadapan.

Lawatan ini membuka ruang dan inspirasi baharu kepada Pusat Pendidikan Al-Itqan dalam usaha memperkukuhkan budaya STEM dalam kalangan murid dan guru.

Semoga Al-Itqan mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja unggul dari sudut tarbiah dan sahsiah, malah cemerlang dalam bidang STEM serta inovasi.

Doakan agar Pusat Pendidikan Al-Itqan terus diberi kekuatan dan peluang untuk memanfaatkan segala ruang yang ada demi membina pendidikan yang lebih holistik dan berkualiti buat anak-anak ummah.