SABTU, 18 JULAI 2020
Anjuran : Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kaunseling AL-ITQAN

Staf, warga kerja ataupun kakitangan merupakan penggerak atau penyumbang utama kepada kejayaan sesebuah organisasi. Bagi memastikan warga kerja sentiasa berada di dalam keadaan kompeten dan berdaya saing, serta berkebolehan untuk memberikan perkhidmatan terbaik, kemahiran-kemahiran profesionalisme harus diperkasakan dari semasa ke semasa. 

Oleh itu, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kaunseling AL-ITQAN telah bekerjasama untuk mengadakan satu kursus Peningkatan dan Pemantapan Profesionalisme.

Peserta kursus ini terdiri daripada Pegawai Operasi AL-ITQAN, staf-staf pentadbiran dan sokongan, Pengetua, Guru Besar SRI dan Tadika Amal Intelek, serta Penolong-Penolong Kanan sekolah yang bertempat di Pusat Sains AL-ITQAN. 

Kursus yang dijalankan selama 5 jam ini dikendalikan oleh Encik Mohd Haris Bin Hairun Paezi, merupakan seorang penceramah dan jurulatih di Mindvision Training & Services. Beliau berpengalaman selama 20 tahun dalam menjadi penceramah serta jurulatih program latihan dengan organisasi awam dan swasta.

Objektif kursus ini adalah:

  1. Meningkatkan profesionalisme dalam tugas dan penyampaian dalam perkhidmatan
  2. Membina dan meningkatkan motivasi diri untuk lebih fokus ke arah kecemerlangan diri dan organisasi
  3. Meningkatkan kemahiran insaniah warga kerja bagi meningkatkan kompetensi diri dalam perkhidmatan.

Diharapkan kursus ini dapat memberi pengalaman serta ilmu yang baru dan bermanfaat kepada para peserta.