Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Al-Itqan di Kemboja

 

Satu Bahagian = RM420
Seekor lembu = RM2940

Tarikh tutup penyertaan: 27 Ogos 2017

Ibadah qurban & aqiqah akan disempurnakan di Kemboja. Program ini berhasrat untuk sedikit sebanyak membantu masyarakat Islam di sana yang masih dhaif dan miskin. Pada masa yang sama, program ini turut menggabungkan infaq untuk Maahad Tahfiz dan Sekolah Rendah & Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Ibadah qurban akan dilakukan / disaksikan sendiri di Kemboja oleh wakil sekolah Itqan untuk memastikan ibadah ini dijalankan dengan sempurna dan jujur.

Setiap bayaran penyertaan program qurban / aqiqah ini termasuk kos pembelian lembu dan pengurusan qurban. Sekiranya ada lebihan wang, maka ia akan diberi sebagai infaq kepada Maahad Tahfiz dan Sekolah Rendah & Menengah al-Itqan.

Bayaran boleh dilakukan melalui Deposit Tunai*, Perbankan Internet** dan Cek.

*Nota: Untuk pembayaran melalui deposit tunai/tunai di tangan, sila kepilkan gambar resit pembayaran pada borang dibawah.

**Nota 2: Kaedah pembayaran disediakan oleh Billplz. Semua penyedia perbankan internet diterima (Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, RHB, Hong Leong Bank, Bank Muamalat, Public Bank, Alliance Bank, Affin Bank, AmBank, Bank Rakyat, UOB, Standard Chartered).

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) : 04-6491158
En Danial bin Othman: 013-5345554
Hj Azrul H bin Abdul Halim: 012-472 3305