Ahad, 2 Mei 2021 – Pada Ramadan 2021, Unit Dana dan Perhubungan Awam Pusat Pendidikan Al-Itqan telah mengadakan program Ihya Ramadan Al-Itqan 2021 dengan melaksanakan 3 program utama iaitu Edaran Bubur Lambuk SIri 1 di Kawasan Teluk Kumbar, Jejak Asnaf Iftar Ramadan dan Edaran Bubur Lambuk Siri 2 di Kawasan Sungai Ara. Program Ihya Ramadan Al-Itqan 2021 telah diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia Kawasan Barat Daya (IKRAM-BARAT DAYA).
Program Ihya Ramadan Al-Itqan 2021 dimulakan dengan melaksanakan program Edaran Bubur Lambuk Siri 1 di kawasan Teluk Kumbar pada 24/4/2021 yang telah disertai oleh 20 orang guru daripada Sekolah Rendah Al-Itqan dan wakil daripada IKRAM-BARAT DAYA. Program ini telah dibantu oleh pihak Masjid Maqbul Teluk Kumbar dalam menyediakan 200 pek bubur lambuk yang akan diedarkan kepada jiran-jiran serta masyarakat disekitar Al-Itqan.
Seramai 10 orang guru daripada Sekolah Rendah Al-Itqan yang terlibat dalam melaksanakan program Edaran Bubur Lambuk Siri 1 di Kawasan Teluk Kumbar telah mengedarkan bubur lambuk di kawasan Kampung Masjid, Kampung Sepakat, Kampung Matahari Naik serta di kawasan Balik Pulau. Program selesai pada jam 6 petang.
Program Ihya Ramadan Al-Itqan 2021 yang kedua adalah Jejak Asnaf Iftar Ramadan yang telah diadakan pada 29 April 2021 dengan mengedarkan 100 pek juadah berbuka untuk golongan asnaf di Kawasan Teluk Kumbar dan Kawasan Sungai Ara. Program ini telah dibantu oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Masjid dan Teluk Kumbar di Kawasan Teluk Kumbar manakala Kawasan Sungai Ara telah dibantu oleh MPKK Kawasan Sungai Ara.
Edaran Pek Iftar Jejak Asnaf Iftar Ramadan telah dilakukan di Dewan MPKK Sungai Ara dan telah dihadiri oleh 30 keluarga asnaf yang akan mendapat manfaat daripada pemberian ini. Selain itu, pihak MPKK Sungai Ara juga telah memberikan makanan asas iaitu pek beras 5 kilogram pada setiap keluarga. Seramai 10 orang guru dan 10 orang pelajar Sekolah Menengah Al-Itqan telah menyertai program ini.
Disamping itu, pek juadah berbuka Jejak Asnaf Iftar Ramadan yang diadakan di Teluk Kumbar dilaksanakan di perkarangan pejabat pentadbiran yang telah dihadiri oleh 10 orang guru Sekolah Rendah Al-Itqan dan 5 orang staf Al-Itqan. Seramai 50 keluarga telah menerima pek juadah berbuka Jejak Asnaf Iftar Ramadan dan telah disertai oleh wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Teluk Kumbar dan Kampung Masjid. Program selesai pada jam 7 petang.
Program penutup Ihya Ramadan Al-Itqan 2021 adalah melaksanakan program Edaran Bubur Lambuk Siri 2 di Kawasan Sungai Ara dengan penglibatan seramai 10 pelajar dan 10 guru Sekolah Menengah Al-Itqan .Disamping itu, seramai 5 orang wakil IKRAM BARAT DAYA turut hadir bagi melaksanakan program ini. Sebanyak 100 pek bubur lambuk telah disediakan oleh pihak Masjid Lama Sungai Ara bagi melaksanakan program ini. Pengedaran100 pek bubur lambuk dilaksanakan di Kampung Lama, Kampung Baru dan Kampung Tersusun Sungai Ara. Program berakhir pada jam 6 petang.
ini merupakan program pertama dalam sejarah disini ada pihak luar yang sama-sama membantu mengedarkan bubur lambuk di kawasan Sungai Ara – Pakcik Hashim , qariah Masjid Al-Huda
Akhir kata, program ini telah membawa satu dimensi baharu penglibatan Al-Itqan bersama-sama dengan masyarakat ketika bulan Ramadan khususnya. Penglibatan ibubapa, orang awam dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dengan menyumbang adalah perkara utama yang menjayakan program seperti. Disamping itu, komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh staf, guru, pelajar Al-Itqan dibantu dengan ahli Ikram-Barat Daya yang komited telah memastikan program ini berjalan dengan lancar. semoga perjalanan program seperti ini diteruskan dan diperluaskan lagi penerimaan pada masa akan datang.
Recent Comments