Pertandingan video klip lagu kemerdekaan tahun 2020
Penyertaan
Pertandingan mencipta video klip merupakan pertandingan anjuran media Al-Itqan. Kandungan yang disertakan dalam pertandingan ini adalah berbentuk dokumentari video klip berdurasi 4 minit. Tema bagi pertandingan ini adalah “ Kemerdekaan dan celik digital “.Â
Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Al-Itqan berdasarkan kepada kategori. Durasi bagi setiap penyertaan adalah 4 minit dan secara umumnya bertemakan kepada kemajuan digital dan pendidikan dengan membawa mesej kemerdekaan.
Peserta perlu mencipta video klip salah satu berdasarkan kepada tajuk lagu berkenaan kemerdekaan iaituÂ
1. Tanggal 31 (Sudirman)
2. Warisan (Dr Sam)
2. Saya Anak Malaysia (Sudirman)
Objektif pertandingan ini adalah seperti berikut :
- Memupuk minat dan kreativiti di kalangan pelajar Al-Itqan bagi mempromosi semangat kemerdekaan dalam pendidikan melalui digital dan ICT
- Mencetus keterujaan dalam kalangan pelajar Al-Itqan terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif.
- Mendidik para pelajar semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan negara.
Objektif
Kategori Pertandingan
- Kategori Sri : ( Umur 7 hingga 12 tahun )
- Kategori Smi : ( Umur 13 hingga 17 tahun )
Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan adalah secara individu.
- Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 10 September 2020 kepada Team Media Al-Itqan melalui saluran yang dinyatakan :
- Hantar melalui google drive ke alamat
- Hantar menggunakan pendrive/DVD ke Pusat Pentadbiran Al-Itqan bahagian media
- Penyertaan hendaklah berdurasi 4 minit.
- Penyertaan hendaklah memaparkan nilai nilai murni masyarakat dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
- Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai mana-mana festival filem atau video pada mana-mana peringkat pertandingan
- Penyertaan adalah percuma.
- Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
- Salinan DVD dan bahan-bahan yang yang diterima tidak akan dikembalikan.
- Penyertaan akan dibatalkan jika didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau ciplak.
- Peserta perlu melabelkan logo-logo institusi Al-Itqan dalam setiap penyertaan (logo akan diberikan selepas pendaftaran dalam talian)
11. Keputusan juri adalah muktamad
12. Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta.
13. Peserta mesti membenarkan pertandingan video klip lagu kebangsaan merdeka menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
14. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
15. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
16. Borang penyertaan perlu diisi dalam talian di www.alitqan.edu.my/borang_penyertaan_video