BANTU BAGI PEMBELIAN 2 UNIT SMARTBOARD AL-ITQAN

Papan pintar membolehkan pelajar belajar dan meneroka konsep baru menggunakan teknologi untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik. Pelajar menjadi lebih teruja untuk belajar apabila papan pintar dimasukkan ke dalam pelajaran. Ramai pendidik mendorong penggunaan papan pintar dalam pengajaran dan pembelajaran.

%

Kutipan sasaran RM 40,000

Apa itu smartboard ?

Kelebihan smartboard ?

Manfaat terbesar penggunaan smartboard secara efektif meningkatkan alat bantu mengajar yang interaktif, mewujudkan lebih banyak motivasi dan minat di kalangan pelajar,  memaparkan grafik yang menarik, meningkatkan pengajaran dengan alatan audio visual, menyediakan bahan mengajar dengan lebih baik serta dapat memenuhi pelbagai gaya pengajaran ke arah lebih efektif.

Peralatan abad ke-21 yang lain

Internet Al-Itqan

Penggunaan internet adalah nadi utama dalam proses pembelajaran yang melibatkan kaedah abad ke-21. Pada masa kini, 90% kelas menerima capaian internet yang baik di AL-ITQAN. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk pembaikan dan kos bulanan.

Laptop

Guru akan memanfaatkan penggunaan laptop secara efektif dan membawa satu budaya baharu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Fasa pertama seramai 30 guru akan mendapat manfaat menjelang akhir tahun 2021.

Projektor

Antara alatan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 akan dipasang pada setiap kelas bagi institusi AL-ITQAN. Keseluruhan kelas Pra-Sekolah, Sri dan Smi sebanyak 20 buah.

AL-ITQAN komited kearah kecemerlangan pendidikan

Pelajar

RM Sumbangan

Program Dana

 Apa hala tuju AL-ITQAN 

Pusat Pendidikan Al-Itqan sentiasa komited dalam memastikan pendidikan yang ditawarkan bukan berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata malah ianya merangkumi nilaian hidup supaya setiap ilmu bukan sahaja dipraktikkan oleh diri sendiri malah dapat berkongsi serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Sejak 1998, AL-ITQAN terbina dengan kekuatan tersendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak atau agensi. Sepanjang 20 tahun menawarkan pendidikan kepada masyarakat, AL-ITQAN telah mencipta nama sebagai satu-satunya institusi yang menawarkan sistem pendidikan sejak umur 1 tahun sehingga umur 17 tahun. Ini membuktikan bahawa perkembangan AL-ITQAN menekankan pendidikan berteraskan nilai, peningkatan kualiti pendidikan dan juga akauntabiliti pengurusan sekolah.

Apa keistimewaan AL-ITQAN

  1. Pendidikan yang holistik – Pengupayaan pendidikan sejak umur 1 tahun.
  2. Pembangunan dimensi – Memupuk dimensi moral, emosi, fizikal, psikologi dan juga pembangunan rohani pelajar.
  3. Nilai kehidupan – Mengagungkan nilai makna dan tujuan hidup melalui hubungan dengan masyarakat, alam semula jadi serta kasih sayang dan keamanan

Sertai AL-ITQAN sebagai penaja

Pelbagai insentif yang menarik kepada setiap penaja AL-ITQAN dengan pelbagai pulangan yang menarik. Setiap sumbangan akan digunakan demi kearah pendidikan yang lebih baik

Borang sumbangan pembelian smartboard

  • Sila tuliskan nama penuh anda seperti dalam kad pengenalan
  • Price: RM 20.00 Quantity:
  • RM 0.00

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Isikan ruangan yang disediakan beserta soalan dan maklumbalas akan diberikan secepat mungkin

Jalan Kampung Masjid Teluk Kumbar

Hubungi : +604-6491158