Pejabat : +604 649 1158. Email: [email protected]. Waktu Operasi: 8.00AM - 5.00PM

Berita Semasa Al-Itqan

Terima Kasih Dari Warga PPAIQ: Majlis Pesona Aidilfitri

Alhamdulillah. Pada 22 Julai 2017, Sabtu, Majlis Pesona Aidilfitri dan Makan Malam telah diadakan dengan jayanya di Dewan Mutiara Tabung Haji, Bayan Lepas. Sehubungan itu, pihak Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua penyumbang meja dan kerusi samada dari individu mahupun syarikat, guru-guru sekolah dan pihak pentadbiran. 

Sebanyak 41 meja dengan anggaran kehadiran sebanyak 400 peserta telah hadir bagi program ini. Program ini dibuat dengan tujuan untuk mengumpul dana operasi Pusat Pendidikan Al-Itqan. Semoga sumbangan dari pihak tuan/puan samada secara langsung/tidak langsung akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T..

Gambar program dan video boleh didapati melalui link berikut:

  1. Live Video 1 (UNIC)
  2. Live Video 2 (UNIC)
  3. Live Video 3 (UNIC)
  4. Full Live Video
  5. Live Video 4
  6. Album Gambar 1
  7. Album Gambar 2

1 comment

Leave a Reply