Berita Semasa Al-Itqan

Biasiswa JPA B40 2017

Calon calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 boleh memohon untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Derma Siswa B40. Biasiswa ini khusus bagi calon SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke-peringkat Diploma dan Sijil Professional.

Permohonan ini mestilah dilakukan sebelum 18 Julai 2017.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 untuk kali pertama
  3. Berumur 19 tahun kebawah
  4. Ahli keluarga tidak dikenakan sekatan atau apa-apa tindakan perundangan dari JPA
  5. Tidak menerima biasiswa dari agensi lain untuk kursus yang sma
  6. Pendapatan ibu-bapa/penjaga/isi rumah tidak melebihi RM3860 sebulan

Terdapat juga syarat khas yang perlu dipenuhi, iaitu:

  1. Universiti Awam/Politeknik/UniKL/MIMET/UniKL MiAT/KUPTM
    • Mendudukan SPM pada tahun 2016 dan kredit Bahasa Melayu, Sejarah dan mendapat sekurang-kurang gred C dalam tiga mata pelajaran yang diambil dan;
    • Telah menerima kemasukan ke institusi
  2. Institut Kemahiran Nasional
    • Mendudukan SPM pada tahun 2017 dan kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam satu matapelajaran yang diambil dan;
    • Telah menerima kemasukan ke institusi

Sumber: Afterschool.my

Leave a Reply