Berita Semasa Al-Itqan

Kem Kepemimpinan Sek Ren Al-Itqan

Pihak Sekolah Rendah Al-Itqan telah mengadakan Kem Kepimpinan di Universiti Sains Malaysia (USM). Kem Kepeminpinan ini telah dilaksanakan pada hari Jumaat – Ahad 14-16 Julai.

Kem ini disertai oleh 90 orang murid yang terdiri dari pengawas sekolah, pengawas pustakawan, badan kerohanian (BADAR), ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Dalam kem ini pelajar-pelajar telah didedahkan tentang perkara-perkara asas kepimpinan yang bakal menjadi bekal kepada kehidupan mereka di masa hadapan kelak

Kem ini ialah kolaborasi antara Sekolah Rendah Al-Itqan dan Jabatan Pengajian Jarak Jauh USM .. Di mana beberapa slot program utama diisi oleh tenaga pengajar dan fasilitator daripada USM sendiri.

Gambar penuh boleh didapati di Facebook

Leave a Reply