Anda berada di:

PROJEK PEMBINAAN PUSAT PENDIDIKAN AL-ITQAN

E-mail Print PDF

RAYUAN SUMBANGAN

Pengumpulan Dana Sebanyak RM12 JUTA adalah diperlukan untuk membiayai pembinaan bangunan Sekolah Rendah/Menengah/ Maa’had Tahfiz Al-Itqan Pulau Pinang.

Untuk yang berminat menghulurkan wang infaq boleh salurkan kepada :
AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) : 
07-03-401-002-85-91 (SEKOLAH RENDAH AL-ITQAN)

Atau hubungi:-
Pejabat PPAIQ: 04-6491158
Ustaz Soleh Bin Senafi : 019-9041525
En Mohamad Yusoff Bin Omar : 012-5102556
Haji Rusli bin Abdul Rashid : 013-4804221
Ustaz Khairi Bin Mohd Tahir : 013-4714959

Semoga Allah menerima dana infaq dari anda semua dan memberi pahala yang besar, serta ganti yang lebih baik dan berkah di dunia dan akhirat. Amiin ya Robbal ‘alamin.

 


 

FACEBOOK ITQAN

Makluman Terkini

Tentatif Pengambilan Keputusan SPM 2015

Kepada pelajar-pelajar SPM 2015 dan ibu bapa yang dihormati sekalian,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seperti yang telah dimaklumi, keputusan SPM 2015 akan diumumkan pada Khamis ini, 3hb. Mac 2016 ini.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan ini menjemput para ibu bapa dan calon SPM 2015 untuk hadir ke SMAIQ mengikut ketetapan seperti di bawah ;

Para pelajar 2015 dinasihatkan memakai pakaian yang kemas seperti syarat berikut ;

Lelaki ;
1. Kemeja, baju melayu atau t-shirt berkolar
2. Tidak memakai seluar jeans
3. Berambut pendek dan kemas

Perempuan ;
1. Baju kurung
2. Bertudung dengan labuh yang sesuai
3. Berstokin
4. Tiada solekan dan wangian

*Ibu bapa dinasihatkan menyelesaikan tunggakan yuran 2015 (jika ada) sebelum mengambil slip keputusan SPM dan sijil-sijil.

Semoga khabar gembira memenuhi ruangan SMAIQ pada Khamis ini. Selamat bersua kembali.

Sekian, wassalam.

Datin Nor Azizah Bt Haron
Pengetua

Follow kami di Instagram

http://www.boxerrescueontario.com/app/Templates/images/admin_uploads/instagram-logo.gif